30/06/2012

Falsafah Pendidikan Sekolah

Falsafah Pendidikan Sekolah

Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya adalah usaha yang menyokong gagasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk   melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Adalah diharapkan usaha ini dapat merealisasikan matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pendidikan Khas